selamat melayari laman falak

Tuesday, June 23, 2009

astronomy dan falak

FENOMENA GERHANA MATAHARI

1. Fenomena Gerhana Matahari berlaku apabila cahaya matahari dihalangi oleh bulan yang berada di antara matahari dan bumi pada skala waktu tertentu dan penjajaran garisan kedudukan matahari, bulan dan bumi. Ini menyebabkan cahaya matahari secara perlahan-lahan menjadi gelap seolah-olah malam. Walau bagaimanapun, keadaan gelap itu sebenarnya merujuk kepada bayang-bayang bulan yang kelihatan di bumi. Umumnya, terdapat tiga jenis gerhana matahari iaitu gerhana penuh, gerhana separa dan gerhana annulus. Melalui kajian astronomi, gerhana yang berlaku kali ini adalah gerhana matahari annulus atau lebih dikenali sebagai gerhana matahari cincin. Gerhana ini berlaku apabila saiz cakera bulan adalah lebih kecil daripada cakera matahari. Oleh kerana kedudukan bulan lebih dekat dengan bumi berbanding
matahari, bulan yang kecil dilihat menutupi cahaya matahari melainkan lingkaran halus sekitar matahari. Semasa keadaan ini berlaku, cahaya matahari kelihatan seperti cincin di sekeliling cakera bulan.

Kejadian gerhana matahari ini bukanlah kejadian baru dalam dunia hari ini. Malah ia pernah berlaku sebelum zaman Rasulullah lagi. Ia merupakan satu fenomena alam yang lazim terjadi di dunia. Pada zaman jahiliyyah, bulan dan matahari dianggap suatu kuasa agung yang disembah. Oleh kerana itu, mereka melihat fenomena ini sesuatu yang memberi petanda bahawa adanya kematian seseorang yang hebat pada waktu itu. Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan tanggapan bahawa gerhana matahari berlaku sewaktu kematian Ibrahim r.a, anak Nabi Muhammad sallallahu`alaihiwasallam. Namun, tanggapan ini disanggah sama sekali oleh Rasul sallallahu`alaihiwasallam. Baginda menegaskan:

Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah.
Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklahgerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”. -Diriwayatkan oleh Muslim-
Bersandarkan kepada hadis ini, umat Islam dituntut untuk mendirikan solat sunat kusuf (gerhana matahari) dari awal fenomena ini berlaku sehingga ia berakhir. Ia diikuti dengan khutbah solat sunat gerhana matahari sejurus selepas solat selesai dijalankan. Selain itu, sewaktu kejadian ini berlaku, umat Islam digalakkan untuk emperbanyakkan doa, berselawat dan bersedekah. Menghayati kejadian ini sesungguhnya dapat mendekatkan kita dengan Allah dan mengimani kekuasaanNya yang Maha Agung.

Blogged with the Flock Browser